8 Tempat Makan Best Di KL 2022 ( TERKINI)

8 Tempat Makan Best Di KL 2022( TERKINI)

8 Tempat Makan Best Di KL 2022, mencari tempat makan best di KL? Jom kita lihat senarai 50 tempat makan menarik di KL wajib anda cuba.

Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara.

Oleh itu, di sini disenaraikan tempat makan menarik di KL meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik bagi kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca ya!

#1 Satay Capitol 1951
Alamat: : No, 1, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 3 pm – 12 am

Jika Kajang ada sate Kajang, Kampung Baru ada Satay Capitol 1951. Restoran ini memang boleh dikatakan legend kerana ianya telah beroperasi sejak 1951 lagi.

https://saji.my/tempat-makan-menarik-dan-best-di-kuala-lumpur/

Kunci utama keenakkan sate di sini terletak pada bahan perapan satenya. Tambahan pula, sate di sini dibakar dengan begitu sempurna sehinggakan dagingnya menjadi lembut sekali. Memang terbaik!

 

2 Restoran Sambal Hijau

Alamat Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 am – 12 am)

Untuk yang inginkan nasi berlauk pelbagai, ini adalah tempatnya. Pelbagai menu anda dapat temui di sini. Asas menu mereka adalah masakan Melayu dan Minang, sesuai dengan penggemar masakan kampung.

https://en.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur

Antara lauk-pauk yang boleh anda cuba ialah daging salai, keli goreng belado, sambal tempe, ayam bakar dan juga aneka jenis ulaman. Pasti lebih enak jika dimakan bersama sambal belacan!

3 Nasi Lemak Wanjo

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 1 am)

Nasi lemak di sini menggunakan resepi turun-temurun sejak lebih 50 tahun lagi, jadi jelaslah yang ianya memang ‘legend’. Lauk-pauk di sini juga ada berbagai.

Antara lauk-pauk yang boleh didapati ialah sambal sotong, sambal paru, ayam goreng dan rendang ayam. Kami yakin jika anda ke sini pasti anda akan ambil lebih dari sejenis lauk. Biasalah, rambang mata!

4 Fiske Steakhouse & Asam Pedas

Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (9am – 12 pm)

Jarang-jarang kita jumpa restoran yang menggabungkan citarasa tempatan dan Barat, namun di KL anda boleh menikmati hidangan sebegini di restoran Fiske Steakhouse & Asam Pedas!

Untuk makanan tempatan, semestinya asam pedas menjadi pilihan ramai. Ada asam pedas ikan parang, daging tetel, ikan pari dan banyak lagi. Ianya juga pedas dan persis asam pedas Melaka!

Untuk makanan Barat pula, Lamb Stew, Lamb Grill dan Grilled Chicken Chop merupakan antara yang terlaris. Saiznya juga besar, pasti kena dengan citarasa anda.

5 Gerai Ikan Bakar Seri Melaka

Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 4 pm) manakala Jumaat (10 am – 3 pm)

Ada penggemar ikan bakar di sini? Restoran Gerai Ikan Bakar Seri Melaka ini menghidangkan ikan bakar yang bukan sahaja enak, malah segar dari ladang!

Terletak berhampiran dengan Istana Negara, antara menu yang terlaris di sini ialah menu ikan bakar, kerang bakar dan sotong bakar. Ikan di sini juga berbagai jenis, dan ikan yang menjadi pilihan ramai ialah semestinya ikan pari.

Lauknya juga segar-segar belaka dan dibakar dengan sempurna. Enak dicicah bersama kicap yang istimewa!

6 Jibril SS15

Alamat: No. 25 (Ground Floor), Jalan SS15/4B, 47500, Subang Jaya.

Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 11 pm)

Jika anda mencari tempat makan ayam butter milk yang sedap dan best, tempat ini adalah antara tempat anda perlu cuba, Jibril SS15. Ayam butter milk restoran ini adalah yang famous dan padu kata orang KL.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan khususnya “butter-based foods”. Antara menu lain menarik untuk di cuba adalah seperti Salted Egg Butter Chicken, Squid, Prawn, Clams mahupun Lobster.

Restoran ini juga unik dengan berkonsepkan ‘speakeasy’ atau tersembunyi tanpa pintu. Sesuai untuk dating bersama pasangan ataupun datang ramai-ramai dengan keluarga. Anda juga boleh singgah ke cawangan lain mereka di Publika Shopping Gallery (Jibril Publika) atau Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (Jibril Bangi).

Maklumat lanjut: http://jibrilss15.com

7 Restoran ZK

Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 4 pm)

Dari luar kedainya, kelihatan seperti restoran Mamak biasa sahaja. Namun, ada yang tak tahu yang Restoran ZK ini sangat terkenal dengan menu kari kepala ikannya!

Semestinya kari kepala ikan di sini sangat istimewa. Saiznya berbeza-beza tetapi yang pasti, semuanya besar-besar belaka. Jika anda pencinta kari kepala ikan, anda pasti akan berpuas hati dengan kualitinya!

8 Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai

Alamat: Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Khamis (11 am – 7 pm) manakala Jumaat – Ahad (11 am – 10 pm)

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa tempat makan di KL yang boleh dan serbu? Tidak dinafikan, KL memang boleh dikategorikan sebagai syurga makanan kerana ada pelbagai tempat makan yang kena dengan citarasa ramai.

Jangan berlengah lagi, singgah sahaja jika tertipu ke sini. Jika anda cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!